Sabbaruddin Chik meninggal dunia

0
2

BEKAS Menteri Kabinet, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, hari ini.

Pegawai khasnya, Datuk Zamri Mohamad ketika mengesahkan berita berkenaan berkata, Sabbaruddin, 80, sebelum ini dimasukkan ke PPUM sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

“Betul, Tan Sri baru saja meninggal dunia kira-kira jam 8 lebih tadi. Belum pasti akan dikebumikan di mana.

“Kami pun sudah memaklumkan berita itu kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) yang kini berada di Sarawak,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata, segala urusan jenazah termasuk pengebumiannya dijangka dibuat sepenuhnya oleh pihak hospital.

Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan juga dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno pada tahun 1996. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here