Lelaki cetus kecoh alami ‘bipolar mood disorder’

0
2

POLIS mengesahkan berlaku kes kacau ganggu di hadapan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) membabitkan seorang lelaki seperti yang tular melalui video di aplikasi TikTok, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya, berkata pihaknya mengesan video tular berkenaan pada jam 4.11 petang hari ini yang dimuat naik seorang pemilik akaun TikTok.

Menurutnya, video berdurasi seminit 17 saat itu menunjukkan seorang individu membuat kacau ganggu di hadapan Jabatan Kecemasan HKL.

“Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8.30 malam semalam dan polis ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat mengenainya.

“Hasil siasatan mendapati individu terbabit berada di Jabatan Kecemasan HKL bersama ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan susulan kerana mengalami ‘bipolar mood disorder’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, individu terbabit berjaya ditenangkan dan seterusnya dibawa masuk ke wad untuk menerima rawatan lanjut.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan video tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran awam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here