Omicron: Rakyat Perak jangan panik, terus patuhi kawalan kendiri – Exco

0
2

RAKYAT Perak diminta tidak panik dengan laporan kes pertama positif Covid-19 varian Omicron yang dikesan melibatkan seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di Ipoh.

Perkara itu dinyatakan Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin yang meminta rakyat Perak terus patuhi kawalan kendiri dengan penuh displin.

Katanya, kerajaan negeri mengambil maklum mengenai kes itu seperti dinyatakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

“Individu itu menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh dan ujian sampel pertama serta kedua semua kontak rapat disahkan negatif.

“Kita harap semua rakyat di negeri ini bertenang dan tidak panik dengan kes yang dilaporkan itu. Saranan saya agar jangan abaikan dan mengambil mudah kawalan kendiri yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan serta pematuhan dengan penuh disiplin.

“Elakkan berada di lokasi yang sesak, sentiasa memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan. Ayuh kita tingkatkan disiplin pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa berwaspada dengan penularan wabak Covid-19,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mohd Akmal sebelum itu turut membuat satu hantaran di Facebook berkenaan penemuan kes varian Omicron di Ipoh.

Terdahulu, Khairy memaklumkan Malaysia merekodkan kes pertama varian dibimbangi (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar asing yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

Khairy berkata, pelajar terbabit sudah diarah menjalani kuarantin diri, serta semua saringan kepada kontak rapat individu berkenaan juga sudah dijalankan dan keputusannya adalah negatif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here