Jelajah PPUD bantu usahawan pasar produk secara online

0
2

SYARIKAT Bumiputera, Fred Advantage Sdn Bhd melancarkan Jelajah Program Pemerkasa Usahawan Digital (PPUD), bagi membantu usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan secara dalam talian.

Menurut Pengarah PPUD, Romeyzee Zainuddin, program itu bakal melahirkan lebih ramai usahawan yang mempunyai ilmu berniaga secara dalam talian dengan cara lebih efisyen dan sistematik.

Katanya, ia kerana syarikat telah pun mengeluarkan satu produk berjenama ‘KINGBLASTER’ yang membariskan 12 aplikasi digital yang mampu untuk menjimatkan kos pengiklanan usahawan atau lebih dikenali dengan ‘Kos pengiklanan Sifar’.

“Pelbagai kerjasama strategik melibatkan pihak seperti Koperasi Angkasa, Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) dan PERDASAMA Selangor telahpun dijalinkan.

“Ia diyakini akan menjadi satu gerakan besar besaran untuk membawa program ini kepada lebih ramai usahawan,” katanya.

Program itu dirasmikan Presiden Koperasi Angkasa, Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah.

Menjelaskan lebih terperinci, Ketua Pegawai Eksekutif Fred Advantage Sdn Bhd, Shahrul Nizam Hassan berkata, produk KINGBLASTER mengandungi 12 aplikasi yang membolehkan usahawan kini tidak perlu lagi membelanjakan ribuan ringgit untuk konsep iklan berbayar ditawarkan pelbagai media sosial.

Menurutnya, pihaknya telah melancarkan produk KINGBLASTER ke pasaran Malaysia dan hingga kini lebih 3,000 usahawan menggunakan aplikasi tersebut dalam usaha mereka untuk melakukan sebaran maklumat perniagaan secara teratur dan efisyen.

Katanya, program itu akan bermula pada Januari 2022 dan menyasarkan 2,220 usahawan dari pelbagai lokasi di seluruh negara.

“Para usahawan yang berminat boleh hubungi sekretariat program iaitu Trader di setiap Parlimen di Malaysia atau mendaftar di laman sesawang https://partner.kingblaster.com/join,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here