SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng berkata beliau akan terus Saya akan terus melawan fitnah jahat bersiri oleh pemimpin parti lawan.
Ketegasan itu dinyatakan Guan Eng di sebalik penyelesaian tuntutan mahkamah oleh beliau terhadap dua akhbar berbahasa Cina kerana menerbitkan artikel mengenai dakwaan palsu hari ini.
“Hari ini Guang Ming (Daily) dan Sin Chew menyelesaikan tuntutan mahkamah oleh saya terhadap mereka kerana menerbitkan artikel mengenai dakwaan palsu Teng Chang Yeow pada 2016 tentang pejualan tanah di Pulau Jerejak.
“Penjualan diputuskan oleh agensi Kerajaan Persekutuan yang merupakan pemegang majoriti saham. Lain yang buat, saya pula yang kena,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata dua media tersebut perlu menjelaskan bayaran kos berjumlah RM75,000 kepadanya.
“Sebelum ini pada 22 November 2021, Teng Chang Yeow, bekas Pengerusi BN Pulau Pinang juga telah memohon maaf kepada saya di mahkamah di atas fitnah yang sama.
“Saya akan terus melawan fitnah jahat bersiri oleh pemimpin parti lawan termasuk yang sering mainkan sentimen perkauman dan ekstremisma. Berani kerana bersih,” katanya. – Malaysiapost

