Chong Wei kini bergelar Doktor kehormat

0
2

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Canselor Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai sempena Upacara Konvokesyen USM Ke-58.

Berkongsi berita gembira itu di Facebooknya, bekas pemain nombor satu dunia itu tidak menyangka untuk menerima pengiktirafan tinggi sedemikian.

“Tidak pernah tersangka yang budak nakal tidak kuat baca buku ini boleh dapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan suatu hari.

“Ribuan terima kasih Chong Wei ucapkan kepada USM dan Canselor Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail,” katanya.

Beliau turut menyelitkan kata-kata jenaka dalam hantarannya yang seperti berikut:

“Nota: Mak pasti paling gembira saya rasa, akhirnya anak ada peluang konvokesyen pakai topi empat segi. Tetapi baru perasan tadi, bulat pulak rupanya.

“Nota 2: Kepada sesiapa yang beri bunga konvokesyen pada Chong Wei…Chong Wei minta sejambak kubis boleh?” guraunya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here