Elak tambah ketegangan di Laut China Selatan – PM

0
2

MALAYSIA menegaskan semua pihak perlu mengelakkan daripada bertindak provokatif dalam isu Laut China Selatan yang dibimbangi akan menambah ketegangan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menyatakan pendirian itu dalam perbualan telefon dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida, Perdana Menteri mahu Laut China Selatan kekal sebagai perairan perdagangan yang aman dan stabil.

“Saya menekankan pendirian jelas dan tegas berkenaan Laut China Selatan bahawa semua pihak perlu mengelakkan sebarang tindakan berunsur provokatif yang akan menambah ketegangan, mengawal tindakan dan menekankan bahawa Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan perdagangan yang aman dan stabil,” katanya di Facebook, hari ini.

Ismail Sabri berkata dalam perbualan itu juga Malaysia dan Jepun menyatakan kesediaan untuk bersama-sama memperkukuh hubungan dua hala antara yang terjalin sekian lama.

“Kami turut membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama, khususnya mengenai usaha memperkembangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, perdagangan, industri pertahanan serta pembangunan sumber manusia.

“Malaysia juga mengalu-alukan penubuhan kampus luar negara pertama Universiti Tsubuka di Malaysia oleh negara Matahari Terbit itu,” katanya.

Ismail Sabri berkata, mereka turut bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar dan Semenanjung Korea, ASEAN Outlook on Indo-Pacific dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership.

“Kishida dan saya bersetuju untuk mempertingkat rundingan erat bagi memperkukuh kerjasama di bawah Perkongsian Strategik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here