Nynaa syukur kembali ke sisi suami

0
2

SELEPAS kemelut rumah tangga dikatakan sampai ke penghujung, pelakon dan model Nynaa Harizal bersyukur mahligai bahagia bersama suami Mohamed Fahmi Ilyas sudah pulih.

Mengambil keputusan untuk berbaik semula semalam, Nynaa meluahkan rasa lega selepas badai yang melanda rumah tangganya berakhir dan kembali ke sisi suaminya.

“Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bermakna anda kepada saya. Saya sangat cintakan awak suamiku, Fahmi Ilyas. Hanya kematian sahaja yang dapat memisahkan kita,” katanya dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut memuat naik sekeping foto pada majlis perkahwinannya.

Semalam, Fahmi dan Nynaa dilihat hadir bersama menaiki satu kenderaan ke di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan kes tuntutan kembali taat.

Pasangan tersebut kemudiannya bersetuju untuk berbaik yang persetujuan itu direkodkan oleh Hakim Syarie Mohd Yusof Sulaiman pada sebutan semula kes permohonan Mohamed Fahmi untuk Nynaa kembali taat.

Untuk rekod, Fahmi, 29, dan Nynaa, 25, mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here