Covid-19: 49 kematian baharu, 12 BID 

0
3
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 49 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,474 sejak virus tersebut melanda negara. 

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 12 daripada 49 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). 

Setakat tengah malam tadi, terdapat 63,740 kes aktif Covid-19 di seluruh negara. 

Daripada jumlah tersebut, seramai 52,066 individu atau 81.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 6,156 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). 

Sementara itu, terdapat 5,018 kes dirawat di hospital dan 500 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). 

Kes ICU membabitkan 258 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here