24 pelajar Politeknik Sandakan positif Covid-19

0
2

SERAMAI 24 penuntut Politeknik Sandakan dijangkiti Covid-19 sehingga mencetuskan Kluster Sungai Batang di Sabah, semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu tercetus selepas seorang pelajar berusia 19 tahun dijangkiti wabak itu dan mengalami gejala demam dan batuk sejak 12 November lepas.

Beliau berkata, lelaki itu disahkan positif Covid-19 di klinik swasta pada hari sama.

“Saringan kontak rapat terhadap 29 pelajar serta dua orang kakitangan, mendapati 24 kes positif termasuk 11 kes baharu dalam kalangan pelajar asrama institusi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, jumlah kes harian Covid-19 semalam kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 pada pada Rabu adalah sebanyak 467 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 233,700 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here