Wanita dipukul ketika hamil, selamat lahirkan bayi lelaki

0
2

MANGSA keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 43, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi

Berita itu dikongsikan adiknya Fauziah Nordin, 40, menerusi laman Facebooknya.

Beliau memaklumkan kakaknya itu telah menjalani pembedahan kecemasan pada jam 9 malam tadi dan kini berada dalam pemantauan 24 jam oleh petugas hospital.

“Alhamdulillah kak Jahidah dah lahirkan baby . .emergency czer tadi jam 9..esok kena ke Hospital tengok  baby .

Sekarang keadaan kakak kena pantau 24 jam,” tulisnya.

Menerusi laporan media, Jahidah Nordin yang sebelum ini koma dipukul ketika hamil oleh suaminya awal bulan Mei lalu dijangka melahirkan bayi dalam kandungannya secara pembedahan pada 1 Disember ini. 

Jahidah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sejak 22 November lalu tetapi pihak keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat. 

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here