1,311 sekolah tidak selamat digunakan

0
1

SEBANYAK 1,311 sekolah dikenal pasti tidak selamat digunakan di negara ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew,  73 daripadanya mempunyai bangunan yang dikategorikan pada “skala 7” yang disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai tidak selamat digunakan.

Bakinya mempunyai bangunan daif pada “skala 6”, iaitu disahkan tidak selamat oleh pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

“Anggaran kos yang dijangka terlibat untuk menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di 1,311 buah sekolah berjumlah RM15.077 bilion.

“Bagaimanapun, pelaksanaan projek ini tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dan kedudukan kewangan semasa kerajaan,” kata KPM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here