Tun M mengaku pajak tanah murah – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berpendapat pengakuan dibuat Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pajakan tanah di Langkawi, hari ini membuktikan dakwaan yang dibuatnya.

Menurutnya, pengakuan itu menunjukkan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh berkenaan memajak tanah berkenaan dengan harga yang murah ketika menjadi penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 2014.

“Dah seminggu saya dedahkan bukti-bukti tersebut. Hari ini dia (Dr Mahathir) baru jawab balik. Jawapannya ialah ‘ianya pajakan dan bukan percuma’.

“Tapi dia mengaku juga. Mengaku bahawa dia memang dapat tanah kerajaan tepi pantai seluas 34 ekar di Langkawi. Pajakan 60 tahun. Kos pajakan RM7.80 satu ekar sebulan ataupun RM3,200,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, pajakan itu juga diberikan semasa jawatan Menteri Besar Kedah dan Exco tanah dipegang oleh anak Dr Mahathir dan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Najib turut mempersoalkan alasan Ahli Parlimen Langkawi itu yang mengatakan tanah terbabit sudah diserahkan kembali pada 2017 kerana harga pajakan telah dinaikkan berkali ganda.

“Pada ketika 2017 itu, dia sudah letak jawatan penasihat LADA pada tahun 2016. Anak dia juga hilang jawatan Menteri Besar Kedah buat kali pertama pada 2016,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata pendedahannya mengenai tanah balak yang diberi pada anak Dr Mahathir tidak pula dijawab.

“Konsesi balak serta tanah 1,000 hektar diberi pada anaknya pada tahun 1994 masa dia Perdana Menteri.

“Takde juga Tun Mahathir jawab tanah Putrajaya yang dia kata dia beli dari kerajaan. Berapa luasnya dan berapa harganya yang kamu bayar?” soalnya.

Najib sebelum ini mendakwa Dr Mahathir memperoleh pajakan tanah tepi pantai di Langkawi dengan harga yang murah selama tempoh 60 tahun serta konsesi balak seluas 1,000 hektar yang diberikan kepada anaknya.

Beliau mendakwa banyak lagi harta diperoleh Dr Mahathir dan keluarga yang akan didedahkannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here