SEMUA aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara berkuat kuasa esok hingga 31 Januari 2022.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan mengenai perkara itu menerusi laman rasmi Facebooknya semalam.
Justeru, JPNS mengingatkan orang ramai untuk mematuhi notis dikeluarkan, namun sekiranya ada pihak yang melanggarnya, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
“Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-55447000 / 03-55447507 atau e-mel [email protected],” katanya.
Sebelum ini, JPNS memaklumkan penutupan serta-merta dan larangan memasuki serta menjalankan aktiviti di Gunung Nuang.
Katanya, ia disebabkan tanah runtuh dan musim tengkujuh. – Malaysiapost

