KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan mesej tular yang mendakwa varian Omicron telah dikesan di Perak.
Omicron adalah varian baharu yang dilaporkan memiliki 32 mutasi ‘spike’ protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta.
Menerusi kenyataan hari ini, KKM menjelaskan setakat ini tiada kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia.
“Orang ramai disaran agar menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih.
“Ia boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat, sebaliknya merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih,” katanya. – Malaysiapost

