SEBANYAK 61 lagi kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,370 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuatnaik di portal COVIDNOW, enam daripada 15 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu setakat tengah malam tadi, terdapat 65,497 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 53,177 individu atau 81.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 6,575 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Pada masa sama, terdapat 5,238 kes dirawat di hospital dan 507 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 272 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

