Luqman sabar menanti ‘debut’ di Belgium

0
2

MASANYA pasti tiba. Itulah situasi semasa pemain sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin yang sedang menanti untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama KV Kortrijk (KVK).

Menerusi status di laman sosialnya, Luqman akan terus berusaha memikat hati pengendali pasukan, Yves Vanderhaeghe untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan terutama dalam saingan Liga Pro Jupiler.

Pemain berusia 18 tahun itu sebelum ini sudah meledakkan dua gol bersama skuad B-21 KVK dan skuad utama dalam aksi persahabatan.

“Sang juara akan terus bermain, hingga tiba masa yang tepat,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Ketika ini, KV Kortrijk menduduki tangga keempat dalam carta liga dengan kutipan 10 mata, dua mata di belakang pendahulu iaitu Charleroi.

Pada perlawanan seterusnya, Kortrijk akan turun berdepan Standard Liege di tempat lawan.- Malaysiapost