PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima suntikan dos penggalak di Hospital KPJ, hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di laman Facebooknya, sebentar tadi.
“Alhamdulillah selesai menerima suntikan dos Booster di KPJ hari ini. Selepas berusaha baru kita bertawakal kepada Allah.

“Tiada manfaat atau mudarat berlaku kecuali dengan izin Allah.
‘‘Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudarat dengan namaNya sesuatu pun di bumi dan tidak di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”,”tulisnya.
Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) mengesyorkan dos penggalak melibatkan tiga jenis vaksin diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.
Dos itu ialah vaksin Comirnaty, AstraZeneca dan CoronaVac, dengan keutamaan penerima mengikut turutan umur, petugas barisan hadapan, individu dengan komorbiditi, wanita hamil dan keperluan ke luar negara. – Malaysiapost

