Projek HSR: Tuntut balik pampasan dibayar PH, PN pada Singapura – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan keputusan kerajaan meneruskan projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura memberi sinar harapan kepada rakyat dan negara.

Beliau menerusi hantaran di laman Facebook mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pengumuman tersebut.

Katanya, apa yang diharapkan adalah kerajaan boleh menuntut semula pampasan bernilai jutaan ringgit yang telah dibayar oleh kerajaan terdahulu kepada Singapura.

“Harap boleh tuntut balik pampasan RM50 juta dibayar oleh Pakatan Harapan (PH dan RM320 juta dibayar oleh Perikatan Nasional (PN) kepada Singapura.

“Ataupun tolak dari pencen-pencen orang PH dan PN yang bertanggung jawab atas keputusan dulu,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan projek HSR diteruskan atas persetujuan bersama Ismail Sabri.

Sebelum ini, projek tersebut dibatalkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Malaysia membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura.

Menurut Hsien Loong cadangan meneruskan projek itu dibangkitkan dalam pertemuan bersama Ismail Sabri hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here