PRN Sarawak : GPS hargai BN, Bersatu tidak bertanding

0
3
https://www.facebook.com/abangjoofficial

PENGERUSI Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Bersatu yang tidak akan meletakkan calonnya dan menyokongnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Beliau berkata, keputusan itu membuktikan bahawa keutuhan semangat setia kawan yang terjalin di peringkat kerajaan persekutuan.

Jelasnya, keputusan itu membuktikan BN dan Bersatu memahami budaya politik Sarawak.

“Biarlah orang Sarawak menentukan apa yang berlaku di Sarawak dan kita tetap boleh menjadi gabungan untuk sama-sama membangunkan Malaysia,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Sarawak pada pada 18 Disember depan.

Tarikh penamaan calon pula pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.

SPR tidak dapat mengadakan PRN Sarawak selepas tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada 6 Jun lalu berikutan perisytiharan darurat di seluruh negara ketika itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 11 Januari sehingga 1 Ogos, bagi mengekang penularan COVID-19.

Apabila darurat di seluruh negara berakhir pada 1 Ogos, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Februari 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here