Vaksin: Rita Rudaini rela dilabel ‘kurang cerdik’, asalkan tidak jadi bahan uji kaji

0
2

PELAKON Rita Rudaini terus mempertahankan tindakannya untuk tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19, dan rela dilabel ibu ‘kurang cerdik’ asalkan badannya dan anak-anak tidak menjadi bahan uji kaji.

Menerusi hantaran di Insta Story, Rita, 45, memberitahu kedua-dua anaknya sering kali dikatakan bernasib malang kerana mempunyai ibu yang tidak mahu mengambil suntikan vaksin.

“Depa (mereka) asyik kata.. malang nasib Ryan dan Arjuna dapat mak bodoh tidak cucuk vaksin. Itu la, betul la.

“Nasib baik tuhan jadikan sistur seorang emak yang bodoh tidak serah badan dan anak-anak untuk uji kaji. Sistur syukur sangat dipilih jadi bodoh betul,” tulisnya dalam entri itu.

Dalam hantaran berbeza, Rita memuat naik gambar bingkai ruang bergambar (photobooth) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan kaspyen mengatakan suntikan dos penggalak tidak mendapat sambutan seperti dos pertama dan kedua.

“Tak semeriah dulu. Dulu semua asyik bergambar di photobooth ini. Tolong semua. Ambil dos booster. Jangan mengelat,” tulisnya.

Hantaran tersebut seperti mempersendakan arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mensyaratkan suntikan penggalak kepada golongan yang berisiko.

Sejak kerajaan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula Febuari lalu, terdapat golongan yang secara terang-terangan menolak untuk menerima suntikan vaksin.

Beberapa individu daripada penggiat seni juga tidak terkecuali secara lantang bersuara tidak mahu diri mereka disuntik vaksin Covid-19 dan turut melarang anak-anak untuk mendapatkan suntikan.

Nama Rita Rudaini, Ellie Suriaty dan Lana Nordin antara artis yang dikatakan mempunyai pendirian tidak membenarkan dirinya dan keluarga mengambil vaksin Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here