BEKAS Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Datuk Ruslan Kassim meninggal dunia, petang tadi.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang sekitar jam 2 petang.
Ketika hayatnya, Ruslan aktif dalam Pemuda Umno Negeri Sembilan sebelum dipecat selepas menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat dari kerajaan pada 2 November 1998.
Allahyarham pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan penangkapan dan penyingkiran Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ruslan adalah antara individu terawal bersama Anwar menubuhkan PKR dan menjadi Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan.
Allahyarham pada 2004 kembali menyertai Umno bersama-sama 12 pemimpin PKR yang lain sebelum meninggalkan parti itu dan menjadi anggota Perkasa. – Malaysiapost

