UNIT Pengambilan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kesahihan mesej di media sosial berkaitan status eksesais pengambilan yang telah ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Unit PDRM dalam kenyataannya di Facebook berkata, sebaran maklumat itu adalah tidak benar dan palsu.
“Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk mengabaikan mesej tular di aplikasi WhatsApp dan lain-lain,” katanya.
Unit itu turut menegaskan pihak yang menyebarkan maklumat tersebut akan diambil tindakan tegas kerana menyebarkan maklumat tidak benar dan palsu.
Maklumat temu duga terbuka PDRM bagi jawatan konstabel dan konstabel tambahan lelaki itu disebarkan melalui Aplikasi WhatsApp.
Mesej itu turut menyebuat ujian fizikal bakal diadakan di Ibu Pejabat Polis Sibu bermula 21 hingga semalam manakala di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuching diadakan mulai esok hingga 29 November ini.
Selain itu, mesej tersebut turut dimaklumkan mengenai kelayakan serta perlu membawa resume, sijil akademik dan gambar ketika menghadiri ujian fizikal. – Malaysiapost

