Sertai Ekspo Halal OIC, DPIA mahu ketengah produk Malaysia

0
1

SEBANYAK 47 delegasi Malaysia yang diberi peluang menyertai Ekspo Halal OIC ke-8 2021 di Istanbul, Turki berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 28 November ini.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata pihaknya menghantar peserta dari syarikat yang mengeluarkan produk halal bagi memperkenal dan mempromosikannya di arena antarabangsa.

“Alhamdulillah, pada pameran hari ini kita dapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja rakyat Turki tetapi juga pelancong dari negara lain.

“Saya yakin dan percaya bahawa penyertaan ini membuahkan hasil yang memberangsangkan,” katanya menerusi rakaman video.

Justeru, jelas beliau, peranan yang dimainkan DPIA adalah untuk mengetengahkan produk-produk Malaysia yang dilihat berdaya maju dan berpotensi untuk meningkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

“Jadi, kita mencari jalan dan kaedah bagaimana produk dan perkhidmatan yang dihasilkan (perniagaan di Malaysia) boleh dipasarkan di luar negara.

“InsyaAllah, fokus kita pada 2022 lebih banyak negara kita akan pergi bukan sahaja negara ASEAN tapi akan melangkau ke Timur Tengah, Eropah dan negara-negara terpilih menyertai pameran seperti ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here