Pastikan harga makanan sebelum buat pesanan – PPMM

0
2

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu lebih kerap memantau harga makanan di restoran termasuk kedai nasi kandar yang selalu menjadi rungutan ramai kerana harga yang tidak munasabah.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan, berkata selain pemantauan daripada pihak berkuasa orang ramai juga perlu bijak menggunakan kuasa membeli.

Menurutnya, kebelakangan ini isu harga makanan tular di media sosial termasuk ikan siakap dijual lebih RM1,000 di Langkawi dan terbaru restoran nasi kandar tertua di Pulau Pinang, Hameediyah menjual dua ekor sotong goreng berharga RM100.

Beliau berkata, pengusaha mempertahankan harga makanan yang dijual berdasarkan kos bahan mentahnya.

“Apa saya perhatikan harga kesemua makanan dijual di restoran nasi kandar disenaraikan dengan jelas termasuk hidangan sotong dijual antara RM10 hingga RM150 seekor berdasarkan saiznya, mungkin RM10 hanya janggut sotong sahaja.

“Penafian pihak penguasa hanya melepas batuk di tangga sahaja, seingat saya harga sotong di kedai nasi kandar memang dari dulu cukup mahal.

“Sekiranya pun harga sotong besar mencecah hingga RM40 sekilo pun, satu ekor sekilogram, dua ekor baru RM80 mereka ada keuntungan lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berpendapat pengusaha patut menjual sotong yang bersaiz kecil, yang harga di pasaran RM29 sekilogram.

“Jangan bagi alasan sotong itu dibela dalam sangkar dah 11 tahun dulu.

“Bagi peminat nasi kandar pastikan anda bertanya harga dulu sebelum pesan makanan di restoran nasi kandar ini, jangan jadi cerita di Langkawi pula.

“Kuasa membeli itu bermula dari kita, baru penguasa restoran nasi kandar sedar akan harga mereka yang tidak masuk akal,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here