Siasatan gangguan seksual Ebit Lew masih berjalan

0
3
Ebit Lew

SIASATAN terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew melibatkan kes gangguan seksual masih diteruskan dan tidak pernah ditutup oleh pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata tiada maklumat terkini berkaitan kes ini setakat ini.

“Ingin ditegaskan kes ini tidak pernah ditutup dan tidak pernah ada rujukan untuk NFA.

“Siasatan masih diteruskan dan pihak polis sentiasa mengalukan maklumat-maklumat bagi membantu siasatan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Pada 1 Oktober lalu, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi diambil keterangan berhubung kes gangguan seksual yang didakwa dilakukannya.

Beliau hadir bersama isterinya untuk disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here