Covid-19: Malaysia catat 5,755 kes baharu

0
2

KES harian Covid-19 kekal melepasi angka 5,000 buat hari kedua berturut-turut apabila mencatatkan 5,755 kes baharu hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 2,602,835 kes. 

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my 

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” kata Dr Noor Hisham menerusi perkongsian di Facebooknya. 

Semalam Malaysia mencatatkan 5,594 kes baharu Covid-19.

Pada Ahad dan Isnin lalu, dua hari berturut-turut Malaysia mencatatkan kes di bawah angka 5,000 iaitu 4,885 dan 4,854 kes.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here