Najib gagal tukar tarikh hari penentuan keputusan rayuan

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634875565314","origin":"gallery","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan tarikh keputusan rayuan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya membabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menolak permohonan Najib yang mahu tarikh 8 Disember ditangguhkan kerana ketika itu beliau sedang menjalani tempoh kuarantin sekembalinya dari Singapura.

Perkara itu dimaklumkan melalui surat ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mohd Khairi Haron kepada Najib, firma guaman Tetuan Shafee & Co dan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, lapor Berita Harian.

Surat itu menyatakan permohonan menangguhkan tarikh keputusan adalah tidak dibenarkan dan semua pihak dikehendaki hadir pada tarikh keputusan rayuan yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Media semalam melaporkan Najib memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuan kepada 13 Disember bagi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya.

Melalui surat kepada Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Najib memohon supaya tarikh 8 Disember dilapangkan dan tarikh keputusan ditetapkan pada minggu seterusnya iaitu minggu 13 Disember hingga 17 Disember ini (atau mana-mana tarikh lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Permohonan itu dibuat kerana Najib selaku perayu akan berada di Singapura untuk melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang melahirkan anak kedua sehingga 5 Disember dan sejurus pulang, beliau wajib untuk kuarantin kendiri selama tujuh hari.

Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here