Peguam Negara perlu segera siasat suami Zeti – Mohd Puad

0
2

KERAJAAN digesa cepat bertindak dalam menyiasat pembabitan Datuk Dr Tawfiq Ayman yang juga suami kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isu berkenaan akan menimbulkan pelbagai persoalan jika tiada tindakan segera dilakukan terutama oleh pihak Peguam Negara.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mempersoalkan
beberapa isu berhubung kes berkenaan.

“Pertama, kenapa akaun dan aset Zeti dan keluarganya tidak dibekukan seperti mana orang lain walaupun ada yang terima RM100,000 sahaja.

“Keduanya, kenapa RM65 juta sahaja yang dipulangkan. Apakah tiada baki yang lain. Benarkah jumlahnya melebihi RM65 Juta? Kenapa keluarga Zeti tidak disiasat di bawah AMLA.

“Ketiga, dari segi keadilan kenapa maklumat penting ini tidak diberikan kepada pasukan peguam Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) semasa perbicaraan kes SRC dulu,” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya turut dipersoalkan adalah kenapa Zeti dan bekas menteri Tan Sri Nor Mohammad Yackop tidak dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwa dalam kes SRC.

“Kenapa Mohammad Nor tidak disiasat. Dia yang ‘setup’ SRC. Dia yang urus kelulusan pertama pinjaman RM2 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk SRC.

“Terlalu banyak misteri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here