SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Port Dickson, Negeri Sembilan sejak malam tadi.
Kehilangan Aina Awanis Gadaffi tular di laman Twitter selepas pencarian remaja tersebut dimuat naik menerusi ciapan yang dibuat oleh sepupunya, hari ini.
Ciapan di akaun @Rafhanrafidzi meminta kenalan atau orang ramai di sekitar Port Dickson membantu mengesan atau menyebarkan gambar yang dimuat naik bagi memudahkan urusan pencarian remaja itu.
“Minta tolong sangat kawan-kawan atau kenalan di Port Dickson untuk bantu cari sepupu saya hilang sejak malam tadi.
“Nama: Aina Awanis Gadaffi, umur: 14 Tahun.
“Mohon RT (ulang kicau) juga supaya tersebar bagi memudahkan lagi urusan pencarian!,” tulisnya dalam entri itu. – Malaysiapost

