Najib gesa lagi Tengku Zafrul benarkan i-Citra RM10,000

0
1

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya rakyat masih memerlukan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra RM10,000 seperti yang dibangkitkannya sebelum ini.

Menurutnya, ia jelas melalui maklum balas yang diterima ya berhubung perkara itu termasuk permintaan yang dibuatnya melalui hantaran di Facebook sehari selepas Barisan Nasional (BN) memang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Najib berkata, permintaannya itu mendapat 102,000 tanda suka,18,300 komen dan 3,900 kongsian.

“Ini petunjuk jelas bagi kehendak ramai rakyat yang masih terjejas.

“Tekan butang untuk kali terakhir. Saya janji ini yang terakhir,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pada Ahad lalu, selepas BN menang besar dalam PRN Melaka, Najib minta Menteri Kewangan Datul Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk menekan ‘butang’ i-Citra RM10,000 secepat mungkin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here