4 lelaki dikehendaki bagi kes menyamar anggota polis, menculik dan membunuh

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1637651614829","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

POLIS dalam usaha mengesan empat lelaki bagi membantu siasatan kes menyamar anggota polis, menculik dan membunuh lelaki berusia 39 tahun di sebuah rumah di Bandar Springhill, Lukut pada 13 November lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata keempat-empat suspek berkenaan masih bebas manakala dua rakan mereka yang berjaya diberkas sudah didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini.

Menurutnya, dua lelaki berkenaan ditahan pada 14 November lalu pada jam 3.30 pagi di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.

“Pihak pendakwaan mengarahkan kedua-dua suspek berkenaan dituduh mengikut Seksyen 302, 364 dan 170 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek yang dikehendaki ialah Davadas Anpankam (Deva), 41, beralamat di N0 4 Batu 15 ½ Templer Park, Rawang, dan Xavier Peter (Beckam @ Bob), 42, beralamat di 02-12 Blok Selasih, Taman Tun Teja, Batu 6, Rawang, Selangor.

“Dua lagi, Murugan Christnan (Romeo), 40, beralamat di No 717, Tingkat 6, Blok C, Taman Prima Selayang, Batu Cave, dan Panirselvam Subramaniam (Panir), 31, beralamat di 10-1-23 Jalan 2/1a, Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu Aidi Sham, memaklumkan polis menerima aduan daripada isteri mangsa berumur 38 tahun yang mengatakan suaminya seorang peniaga diculik semasa berada di rumah.

Menurutnya, sekumpulan individu datang menaiki van warna putih tertera tulisan polis ke kediaman mangsa pada jam 5.40 pagi dan menyerbu masuk kononnya untuk siasatan kes samun

Beliau berkata mangsa kemudian dipukul dan diheret ke dalam van sebelum dilarikan dan polis menerima panggilan memaklumkan mangsa di Hospital Selayang, Selangor serta disahkan meninggal dunia jam 9.45 pagi 13 November lalu.

Aidi Sham berkata, motif kejadian dipercayai adalah berunsurkan dendam dan polis masih lagi mengesan beberapa orang suspek yang terlibat sama dalam kes berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here