Banjir kilat melanda Ampang

0
3

HUJAN lebat yang melanda sejak 6 petang tadi menyebabkan Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Lembah Jaya Selatan di Ampang, Kuala Lumpur, dilanda banjir kilat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.19 malam.

“Seramai 22 pegawai dan anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dan BBP Ampang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati berlaku banjir kilat pada paras pinggang (anggaran kira-kira satu meter) susulan hujan lebat.

“Kami difahamkan terdapat tiga mangsa berjaya diselamatkan pihak bomba dan kerja menyelamat sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, keadaan air dilaporkan sudah semakin surut dan terkawal. 

“Bagaimanapun, kerja-kerja menyelamat masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan berhubung banjir kilat di Lorong Hilview 2E, Taman Hilview, di sini, pada 7.19 malam.

“Dalam kejadian ini, berlaku limpahan air di longkang berhampiran lokasi menyebabkan banjir kilat pada kedalaman kira-kira 0.3 meter.

“Bagaimanapun, banjir kilat di lokasi berkenaan semakin surut dan kejadian itu tidak membabitkan mangsa serta harta benda,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here