Kerajaan bakal umum pemberian khas lebih adil untuk Sabah, Sarawak

0
3
Press conference by Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili on electric tariff which is remain unchange as last year in Putrajaya. MOHD SAHAR MISNI/The Star

(PARLIMEN) PERJANJIAN lebih baik untuk Sabah dan Sarawak sedang dibincangkan melalui Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) mengenai pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jawatankuasa
dipengerusikan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz itu dijangka bermesyuarat secepat mungkin untuk membincangkan perincian mengenai isu itu dengan lebih lanjut. 

Menurutnya, ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH), kajian semula geran kewangan dan tahunan di bawah Perkara 112D dan pembayaran balik 40 peratus pendapatan serta hasil yang diperoleh dari Sabah sudah ditangani.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri sekarang menolak tawaran itu kerana formula PH tidak menjelaskan bagaimana mereka mendapat jumlah yang mahu diberikan.

“Sarawak juga menolak formula PH atas sebab yang sama. Kedua-dua negeri ingin tahu bagaimana formula itu diperoleh dan sama ada ia mencerminkan jumlah yang betul untuk apa yang perlu dibayar kepada kedua-dua negeri.

“Sabah dan Sarawak mahu formula yang telus, selaras dengan apa yang sepatutnya dibayar di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM), di Dewan Rakyat, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here