Pas Keluarga Malaysia galak orang ramai guna pengangkutan awam

0
2

PENGENALAN Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi menarik sekitar Lembah Klang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pas Keluarga Malaysia itu akan membolehkan empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.

“Ini bermakna setiap seorang dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.

“Justeru, inisiatif pengenalan Pas Keluarga Malaysia ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.

“Sambil mengunjungi pusat beli belah atau tempat menarik sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya ketika melancarkan Pas Keluarga Malaysia 2021 di Stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu Ismail Sabri berkata Prasarana menerusi anak syarikatnya iaitu Prasarana integrated development Sdn Bhd (Pride) menawarkan ‘pakej transit untuk pengusaha industri kecil dan sederhana’ mulai Mac 2022.

Perdana Menteri berkata pakej tersebut menawarkan 20 lot perniagaan, bersaiz antara 80 hingga ke 400 kaki persegi di beberapa laluan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (PKS) secara cabutan lot.

“Ia melibatkan stesen laluan Kelana Jaya iaitu stesen Subang Alam, Alam Sutera, Putra Height, Taman Perindustrian Puchong, Awan Besar, IOI Puchong Jaya, Plaza Rakyat dan SS18.

“Justeru, pemohon yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk pengecualian sewa tiga bulan.

“Perincian dan permohonan untuk ‘Pakej Transit’ akan diwar-warkan oleh Pride dalam masa terdekat,” katanya.

Ashraf Adnan, 36 (kiri) , Fatim Afiqah Arzmi, 29 (dua kiri), Shahrul Asyraf Sapri, 30 (dua kanan) dan Norlyzah Samsuddin, 35 menunjukkan replika pas perjalanan Keluarga Malaysia keluaran Prasarana Malaysia Berhad di KL Sentral hari.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pengusaha industri kecil dan sederhana untuk mengambil bahagian dan memperkasa ekonomi setempat agar dapat melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here