Covid-19: Malaysia catat 4,885 kes baharu

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini

KES harian Covid-19 kekal di bawah angka 5,000 buat hari kedua berturut-turut apabila mencatatkan 4,885 kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 2,591,486 kes.

Semalam Malaysia mencatatkan sebanyak 4,854 kes baharu.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” kata Dr Noor Hisham menerusi perkongsian di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here