PRN Melaka: ‘Jangan kemenangan membawa kesombongan’ – Annuar Musa

0
3

KETUA Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan partinya dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak sombong dan leka selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, pemimpin tertinggi hingga ke akar umbi perlu terus mengekalkan momentum bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno.

“Solidariti dan muafakat setia parti telah memperlihatkan jentera BN yang padu.. kekuatan akar umbi telah bergabung bersama saf pimpinan semua lapisan, adalah rahsia kejayaan.

“Namun kejayaan jangan melalaikan. Jangan kemenangan membawa kepada kesombongan. Perjalanan masih jauh.Senario PRU 15 berbeza.

“Jangan lupa, di saat menjelang PRU14 kita menang pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sg Besar namun kita ditewaskan dlm PRU berikutnya,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, beliau berkata, kemenangan di PRN Melaka ini perlu disambut dengan keinsafan dan keazaman yang kuat dan jangan terlalai.

Semalam, BN mencatat kemenangan besar dalam PRN Melaka sekali gus membentuk kerajaan negeri baharu yang lebih kukuh.

BN yang bertanding solo, memenangi 21 daripada 28 keseluruhan kerusi DUN dipertandingkan.

Daripada 21 kerusi dimenangi BN, 18 adalah daripada Umno, MCA dua kerusi manakala MIC memenangi kerusi tunggal mereka di DUN Gadek. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here