Rafiq ketinggalan di DUN Telok Mas

0
4
AYER KEROH 5 OKTOBER 2021. Pengerusi Perikatan Nasional Melaka Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen ketika sidang media berkenaan krisi politik susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka di Hotel MiTC, Ayer Keroh, Melaka. NSTP/SYAFEEQ AHMAD

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen ketinggalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, setakat pukul 7.42 malam tadi.

Beliau yang menghadapi saingan empat penjuru ketinggalan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mendapat 4,749 undi.

Mohd Rafiq setakat pengiraan undi hanya menerima 3,148 undi sementara calon Pakatan Harapan (PH) Asraf Mukhlis Minghat menerima 2,642 undi.

Manakala calon Bebas Muhammad Ariff Adly Mohamad menerima 114 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here