SEORANG pengundi disahkan positif Covid-19 ketika membuang undi di salah sebuah pusat pengundian di Alor Gajah.
Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman.
Beliau memaklumkan keputusan ujian pesakit itu diterima dari makmal swasta selepas beliau selesai mengundi.
“Pesakit ini tidak menunjukkan sebarang gejala ketika mengundi,” katanya dalam satu kenyataan media.
Dr Rushdi berkata Pejabat Kesihatan Daerah yang menerima pemakluman itu terus menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya dan meminta pusat berkenaan ditutup sementara bagi tujuan nyahkuman.
“SPR mengambil langkah segera membuka bilik baru sebagai saluran mengundi dengan menggunakan peralatan baru.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti kontak rapat dan sosial,” katanya.-Malaysiapost

