
SATU lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa esok hingga 4 Disember 2021.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara(MKN) Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dan telah bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti berkenaan.
Lokaliti yang dikenakan PKPD adalah melibatkan Ladang FGV Tembangau 7 di Bera, Pahang.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan tiada penamatan dan lanjutan PKPD dikenakan. – Malaysiapost
