Surat bantah pencalonan Mas Ermieyati palsu

0
3

PERIKATAN Nasional (PN) nafi kesahihan surat yang tular di media sosial, kononnya dikeluarkan Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafizi Naizamohideen berhubung pengumuman Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri.

Perkara itu disahkan palsu oleh pengendali kumpulan WhatsApp ‘Hebahan PN PRN Melaka’ kepada media hari ini.

Kandungan surat tersebut antara lain menyebut ahli parti di peringkat bawah tidak berpuas hati dengan keputusan kepimpinan PN menamakan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

Ini kerana calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu bukan berasal dari ‘kilang’ Bersatu dan seorang yang melompat parti tidak harus diangkat sebagai Ketua Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here