RM400 untuk undi calon tertentu di 8 DUN, dakwa Wan Saiful

0
3

PERIKATAN Nasional (PN) mendakwa mendapat maklumat berhubung aktiviti membeli undi melibatkan lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata berdasarkan tuduhan itu, pengundi diberi RM400 sebagai sogokan untuk mengundi calon-calon tertentu di DUN Bemban, Rim, Tanjung Bidara, Pantai Kundor, Duyong, Gadek, Ayer Limau dan Rembia.

Wan Saiful berkata beliau bagaimanapun belum mendapat maklumat jika aktiviti membeli undi turut berlaku di DUN lain.

“Saya telah mengarahkan agar jentera kami mengumpulkan bukti yang lebih jelas agar laporan dapat dibuat.

“Politik wang adalah budaya politik yang buruk. Hari ini mereka menaburkan wang untuk membeli kemenangan, tapi jika menang mereka merompak wang untuk diri sendiri sahaja.

“Saya yakin rakyat Melaka tidak akan tertipu dengan usaha membeli undi sebegini. Mari kita hentikan politik wang. Mari kita bina budaya baru berteraskan integriti bersama PN,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here