Poster, billboard ini tak berdosa – Norhizam

0
3

CALON bebas Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mendakwa poster  ‘billboard’ miliknya, yang berlogokan kunci dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, mana-mana individu atau pihak yang tidak berpuas hati, boleh terus berjumpa dengannya dan tidak perlu merosakkan poster dan billboard yang ‘tidak berdosa’.

Beliau bagaimanapun beranggapan perkara ini berlaku ada hikmah sebaliknya.

“Sila tengok ‘billboard’ ini telah dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Pada saya poster ataupun billboard yang kita letak ni tak berdosa.

“Kalau nak marah kepada saya.. marahlah kepada saya.. tapi kenapa poster ataupun billboard ini dirosakkan.

“Tak mengapalah, pada saya mungkin ada kebaikan yang akan saya dapat. Insya-Allah kemenangan yang kita dapat,” katanya menerusi rakaman video di Facebooknya.

Rakaman video berdurasi dua minit itu menunjukkan ‘billboard’ tersebut berada di tanah dengan posternya turut tercabut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok, Norhizam yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu bakal berdepan saingan lima penjuru. – Malaysiapost. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here