Covid-19: 55 kematian baharu, 9 kes BID

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menguruskan jenazah covid-19 setelah dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 55 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 29,892 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sembilan daripada 68 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 67,358 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 52,820 individu atau 78.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 8,181 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 5,816 kes dirawat di hospital dan 541 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 263 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here