PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 95.5 peratus membabitkan 22,363,772 juta individu yang lengkap vaksinasi.
Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 97.8 peratus atau 22,898,066 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Seramai 24,939,160 individu atau 76.4 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Manakala sebanyak 78.6 peratus atau 25,646,668 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,575,388 individu atau 81.8 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,748,602 individu atau 87.3 peratus mendapat satu dos.
Sebanyak 123,210 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 7,005 dos pertama 20,351 dos kedua dan dos penggalak 95,854 .
Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 51,723,584 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

