KERAJAAN Melaka menetapkan 20 November ini sebagai Hari Kelepasan Am Khas sempena hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad berkata, ia bagi membolehkan rakyat negeri itu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemilih.
“Ia bersempena PRN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15.
“Penetapan Hari Kelepasan Am Khas Negeri Melaka tersebut dibuat berdasarkan peruntukan subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369),” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Melaka, Sabtu ini susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Oktober lalu. – Malaysiapost

