Baby Shima dikata buat ‘promosi murahan’ keluar lagu baharu

0
2

SETELAH mengaku dia wanita dalam gambar aksi bermesra dengan seorang lelaki di sebuah kelab malam, laman Instagram Baby Shima dibanjiri komen yang mendakwa dia sengaja mencetuskan ‘promosi murahan’.

Ia kerana setelah membuat pengakuan itu semalam, Baby Shima memberitahu aksi ‘bermesraan’ dengan lelaki yang sedang memegang segelas minuman itu adalah adegan dalam klip video single terbaharunya bertajuk Lalai.

“Isu kenapa Shima ke kelab malam semua dekat Youtube ‘Lalai’,” tulisnya dalam satu hantaran hari ini.

Menerusi hantaran di InstaStory, Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli berkata bukti mengapa dia berada di pusat hiburan itu semua ada di pautan yang disertakan dalam entri itu.

“Bukti kenapa Shima ke kelab malam semua ada dekat sini,” tulisnya.

Bagaimanapun, pautan yang dimaksudkan itu adalah klip video single terbaharunya yang mula dipertontonkan semalam.

Rata-rata komen di Instagramnya berkata penyanyi itu sengaja membuat promosi murahan untuk menaikkan rating single terbaharunya.

“Sengaja cetus kontroversi rupanya sebab ada lagu baharu. Marketing,” kata Juscallmeheynihh.

“Semata-mata nak buat content lagu sanggup jual maruah. Kiss sini sana,” kata Rakyat_pejuang.

“Ini nak suruh orang pergi tengok Youtube lagu dia. Hebat marketing,” ujar Iecha_ramle.

Semalam, tular gambar wanita gambar seorang wanita sedang bermesra bersama seorang lelaki di sebuah kelab malam yang seakan-akan Shima.

Mengakui wanita dalam gambar itu dirinya namun Shima tidak mahu mengulas lanjut perkara berkenaan dan enggan menjelaskan siapa lelaki terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here