24.9 juta penduduk Malaysia lengkap vaksin Covid-19

0
2

SEBANYAK 24,914,099 individu atau 76.3 peratus daripada populasi keseluruhan di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.5 peratus atau 25,636,716 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa pula sebanyak 22,350,755 individu atau 95.5 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara 97.8 peratus atau 22,891,163 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara bagi populasi remaja, 2,563,344 individu atau 81.4 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 2,745,553 individu atau 87.2 peratus mendapat satu dos.

Terdapat pertambahan 117,736 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,591,383 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here