Calon SPM parah jatuh dari tingkat empat

0
1

SEORANG calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan di sebuah sekolah di Kulai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pegawai penyiasat kes bersama sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.26 tengah hari.

“Mangsa merupakan pelajar perempuan. Kejadian dipercayai berlaku setelah mangsa selesai menjalani ujian peperiksaan.

“Pihak sekolah kemudian menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim Kulai bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa seterusnya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah ( HSA) Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, dalam kejadian itu mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan muka, kedua-dua tangan turut patah selain mengalami kecederaan dalaman.

Katanya lagi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here