Musuh BN ialah PH – Shahidan

0
2

KETUA Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan musuh Barisan Nasional (BN) ialah Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, beliau berkata tidak akan ada jajaran politik baharu dengan PH yang turut dianggotai DAP sebagai antara parti komponennya.

“Masa ini musuh BN ialah PH. Tidak ada jajaran baru dengan mereka (PH) atau DAP,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ringkas menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Tidak dapat dipastikan sama ada hantaran tersebut ditujukan kepada mana-mana pemimpin Umno menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Namun kelmarin, Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata BN sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional (PN) sahaja.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berkata demikian ketika ditanya media sama ada BN sedia membentuk kerajaan campuran bersama pihak lain sekiranya hanya mampu mempertahan 13 kerusi yang dimenangi dalam PRN Melaka.

“Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa…tak bermaksud dengan PN sahaja, dengan sesiapa boleh… apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, Umno tak boleh.

“Ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. Jangan tutup pintu rapat sangat,” kata Mohamad memetik laporan Umno Online.

Semalam Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata PN akan menunggu keputusan PRN Melaka sebelum membuat sebarang keputusan berhubung soal kerjasama dengan mana-mana parti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here